Latar belakang

  • Sehingga kini UMT mempunyai lebih daripada 150 buah makmal yang berfungsi untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Terdapat makmal di UMT yang digunakan melebihi 15 tahun dan dipenuhi pelbagai bahan yang tidak digunakan.
  • Pelbagai bahan gunahabis dibeli setiap semester oleh semua PTJ. Oleh sebab semua aktiviti yang berlaku di makmal PTj dikawal sepenuhnya oleh pengurusan makmal PTj tersebut, maka pihak luar PTj tidak mengetahui bahan berlebihan yang ada di makmal lain. Adalah membazir jika bahan gunahabis terutamanya kimia, media, biokimia dll terus dilupuskan oleh PTJ.

Bahan Gunahabis Makmal

  •  Kadangkala, ada bahan gunahabis (bukan kategori aset) dibeli secara berlebihan dan mungkin berlaku luput tarikh sebelum sempat digunakan. Jika bahan gunahabis tersebut terpaksa dilupuskan kerana telah luput tarikh, ianya sungguh merugikan UMT.
  • Sejak kebelakangan ini, kos pelupusan sisa kimia UMT semakin meningkat dan ada bahan kimia yang luput tarikh terpaksa dilupuskan. Pegawai makmal dan penyelidik boleh menggunakan cara ini untuk memberi sumbangan berbentuk bahan gunahabis makmal kepada pihak yang memerlukan dalam UMT.
  • Kaedah ini berupaya menjadi platform untuk memberitahu atau mewar-warkan kepada pihak yang mungkin memerlukan bahan-bahan tersebut dan seterusnya lebihan tersebut dapat dimanfaatkan. Sistem ini memerlukan sokongan dan penglibatan semua PTj. Seorang admin yang akan bertindak sebagai tempat rujukan dan mengemaskini data sepanjang masa diperlukan di setiap PTj.
  • Maka, dicadangkan sistem ‘Laboratory Consumable Donation’ untuk menyelesaikan masalah di atas serta mewujudkan sifat integrasi serta saling membantu antara makmal di seluruh UMT.